Posts

Huraian Konsep Sekularisme, Pluralisme, Liberalisme, Komunisme, dan Individualistik.

Sekularisme Konsep sekularisme merujuk pada pandangan bahawa aktiviti manusia dan keputusan harus berdasarkan bukti dan fakta serta tidak dipengaruhi oleh agama. Sekularisme membawa maksud fahaman, ajaran, doktrin, ataupun kepercayaan yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia. Sekularis percaya bahawa setiap entiti seharusnya wujud secara terasing dari agama. Dari satu segi, sekularisme memberi kebebasan dan hak kepada individu ataupun entiti untuk menjadi bebas dari peraturan dan ajaran agama. Sekularisme berakar dari perkataan sekular yang bererti bersifat duniawi dan tidak berkaitan dengan keagamaan. Dari segi bahasa, istilah sekularisme berasal dari perkataan Latin iaitu Saeculum yang membawa makna masa dan lokasi - kini dan sini. Pluralisme Pluralisme bererti keadaan yang majmuk, keadaan yang menghimpunkan kepelbagaian pada satu-satu masa dan situasi. Pluralisme mempunyai cabang, 3 yang paling utama ialah, Pluralisme Sosial, Pluralisme Agama, dan P

Hubungan Antara Falsafah Pendidikan Islam Dengan Falsafah Pendidikan Barat Dalam Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Falsafah Pendidikan Barat memberi fokus untuk mendidik individu agar rasional dan lebih intelektual di samping menggalakkan pembinaan dan pendemokrasian masyarakat berdasarkan prinsip bahawa nilai sesuatu ilmu itu adalah sebagai keperluan untuk membezakan taraf individu dengan individu yang lain. Falsafah Pendidikan Islam pula menekankan usaha berterusan dalam penyampaian ilmu, kemahiran, dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian, dan pandangan hidup sebagai hamba Allah S.W.T yang bertanggungjawab membangun diri, masyarakat, alam sekitar, dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Kedua-dua Falsafah Pendidikan ini diambil kira dan mempunyai hubungan dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia. Falsafah Pendidikan Barat terbahagi kepada dua aliran iaitu Falsafah Tradisional dan Falsafah Moden. Antara cabang Falsafah Pendidikan Trad

Hujan

Kala kita melihat hujan, Pasti ada dia yang menapak di bawah hujan, Kala kita suka merasa hujan, Selalu ada dia yang cinta, suka dengan rela berlari di bawah hujan. Katanya, "Mengapa perlu aku jadi seperti mereka?" "Sedangkan aku adalah aku dan mereka adalah mereka." Katanya, "Mengapa perlu aku jadi seperti mereka?" "Sedangkan aku adalah aku dan mereka cuma mereka." Sombong sekali semangatnya fikir mereka pada pendengaran kali pertama, Akan tetapi, Cuba saja kita capai pemahamannya, Bahawa manusia setiapnya dicipta berbeza warna-warnanya. Pada itu, Pelangilah antara yang paling indah sinarannya.